Saturday, February 26, 2011

MELATAH? Peniruan bunyi bahasa

SALAM

sujujurnya, aku memang seorang yang nakal semenjak kecil lagi. hal ini diakui sendiri oleh ayahku selaku orang yang agak rapat denganku dari kecil lagi. aku juga seorang yang degil dan sukar mendengar nasihat orang lain, dan selalunya akan membuat keputusan yang dirasakan baik oleh diri sendiri. itulah aku yang aku kenal sejak dulu lagi. keluarga di sebelah ayah terdapat seorang nenek yang agak teruk latahnya. jadi, aku mengambil peluang itu untuk menganggunya supaya aku boleh ketawa berdekah-dekah apabila mendengar latahnya yang bersambung-sambung macam kilat sabung menyabung. aku gemar sekali ketawa dan oleh itu, aku jadikan nenek yang melatah itu sebagai alat untuk aku berhibur dan membuatkan ku tertawa, hahahahaha. tapi, malang tidak berbau, dalam pada aku meningkat dewasa, aku juga dijangkiti penyakit 'latah' ini. sungguh, tidak aku kuasa menahan rasa terkejut apabila disergah orang secara sengaja mahupun tidak, akan adalah bahasa yang secara automatiknya keluar daripada mulutku. selalunya, perkataan yang keluar daripada mulut orang yang menyergahku akan menjadi perkataan yang aku latahkan atau sebutkan semula, misalnya :

orang yang menyergah : Dasar kau, keong racun! (lagu Indonesia)

Aku : dasar kau keong racun (pantas menjawab)

kadang-kadang, latahku boleh menyebabkan aku menyambung lirik lagu yang dinyanyikan orang yang menyergah. bahasa orang yang menyergah disebutkan semula olehku, atau lebih senang dikatakan aku meniru bunyi dan bahasa yang dituturkan oleh penyergah. jadi, nasihat aku kali ini, jangan sesekali menganggu orang melatah, kerana penyakit ini boleh menjadi parah apabila sudah terjangkit. wassalam.

adakah NYANYIAN mampu menyampaikan bahasa?

SALAM

kita sudah maklum, dalam muzik atau nyanyian juga, bahasa itu wujud dalam bait kata lagunya atau liriknya. mesej yang terdapat dalam lagu atau melodi merupakan bahasa bagi lagu tersebut. kadang-kadang mesej yang ingin disampaikan dalam lagu sukar difahami dan dijiwai kerana penggunaan bahasa yang kabur. jadi, irama muzik atau melodi lagu agak membantu pendengar memahami bait-bait lagu yang ingin disampaikan oleh penyanyi dalam nyanyiannya, misalnya bait lirik lagu yang berbunyi 'hati yang kau sakiti' memberi makna seseorang telah menyakiti hatinya, dan bait lagu ini bernada melankolik dan bahasanya tentulah berunsur pasrah, kecewa dan sakit. bahasa yang terdapat dalam bait lagu senang untuk mempengaruhi pendengar muzik mengaplikasikannya dalam perbualan seharian, misalnya bait lagu yang berkonotasi buruk dalam lagu penyanyi pujaanku, Lily Allen dengan tajuk lagunya 'Fuck You'. Unsur mencarut ini senang diaplikasi apalagi jika dibuat dan diolah dalam bentuk lagu atau muzik. walaupun bunyi mencarut itu tidak sopan dituturkan, namun apabila unsur mencarut itu dilagukan, unsur yang tidak sopan itu menjadi seronok dan sedap apabila dilagukan. jadi, muzik sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada pendengarnya dalam berbahasa. hal ini terpulang pada individu yang mendengar sama ada bijak mengaplikasikan bahasa dalam lagu dalam perbuatan sehariannya.

bahasa itu juga bisa lahir daripada MEMEK MUKA

SALAM

sesungguhnya, aku sangat periang tetapi pemendam orangnya. namun, apabila bermasalah, aku mudah dikesan dengan perubahan sikap aktif yang berubah menjadi pasif. aku senang menggunakan riak atau memek muka untuk mempamerkan rasa yang menimbulkan atau memberi makna yang berperanan sebagai bahasa untuk memahami orang yang melihat memek muka tersebut. sekiranya aku marah, aku mudah memaling muka dan memandang ke tempat lain dan kadang kala aku memuncungkan bibir dan mata seakan berair menahan marah dan geram atau rasa tidak puasa hati. maka, orang yang melihat memek muka yang aku perbuat itu, akan sekaligus senag memahami apa yang aku rasa. aku seolah berbahasa menggunakan sifat fizikalku, iaitu muka. aku lebih senang begitu, kerna itulah aku.

bahasa dalam sesebuah NEGERI jadi IKUTAN

sALAm... untuk hari ini.. aku suka sekali untuk berkongsi mengenai bahasa dalam sesebuah negeri yang menjadi ikutan sekarang yang berbunyi 'boleh bha kalau kau'..... dan 'makan sudah'.... ayat itu gemar sekali dibicarakan di dalam kelas semasa kuliah mahupun di luar kelas. hal ini menunjukkan bahasa Johor Riau bukan satu-satunya bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian, namun bahasa daerah dari Borneo iaitu negeri di bawah bayu (Sabah) ini juga diterima oleh pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam pergaulan mereka bersama rakan-rakan mahupun pensyarah sebagai perkongsian ilmu dan gurauan bagi memeriahkan sesi pemngajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah. di sini juga, kita dapat mempelajari struktur bahasa masyarakat Sabah yang berbunyi sebegitu di samping mengenali bahasa mereka yang boleh difahami walaupun strukturnya berlainan daripada struktur bahasa Melayu standard. Maka, jelas sekali bahasa juga berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat di Malaysia.

Bahasa Sapaan dulu dan kini

Salam & salam perpaduan

Dapat kita lihat dulu semenjak kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan juga kedatangan British membawa impak yang sanagt besar kepada Tanah Melayu khususnya dari segi penggunaan bahasa. sewaktu agama Islam masih menjadi nadi atau tunjang yang kuat dalam kalangan masyarakat Melayu, perkataan-perkataan atau istilah Arab seperti 'Assalamualaikum' sering digunakan berbanding dengan zaman sekarang yang lebih mementingkan bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian. kini, golongan remaja amnya, kerap menggunakan kata sapaan 'Hye' dan 'bye-bye' ketika bersapa orang yang dikenali atau mengucapkan selamat tinggal. hal ini sungguh tampak walaupun dianggap perkara biasa atau normal. dalam masa yang sama kita tidak mengetahui impaknya pada zaman akan datang. anak-anak bangsa kita kurang didedahkan dengan ilmu agama yang menunjukkan bahasa yang lebih sopan dan berakhlak. kata 'hye' dan 'bye-bye' sekiranya digunakan oleh golongan muda apabila bercakap dengan orang yang lebih berumur atau tua, menampakkan kurang kesopanan dalam berbahasa. maka, peranan ibu bapa juga amat besar dalam mendidik anak sopan dan bijak berbahasa di samping peranan masyarakat dan rakan sekeliling yang mempunyai pengaruh besar dalam kita berbahasa. renung-renungkanlah dan selamat beramal!

Sunday, February 20, 2011

BINGIT OH BINGIT!!!!

sALAm... terus terang aku katakan. Aku bukan kaki, tangan, kepala, hidung, muka, mulut, apa-apa sahaja yang berkenaan politik, aku tidak gemar. Namun, aku tahu, aku juga ada tanggungjawab di situ. Sungguh suara raungan itu membingitkan gegendang dengarku yang sememangnya tidak suka sama sekali dengan raungan, pekikan yang sebegitu rupa. Nasib baik, masih ada kesabaran. Aku akan pilih pemimpin yang benar-benar layak sememangnya. Aku paling tidak gemar, bakal pemimpin yang akan diundi bercakap di khalayak dengan suara yang dia rasakan SEDAP sangat, dengan intonasi yang lantang tapi menyakitkan telinga. Perkara yang dibicarakan juga tidak jelas, malah semacam terkena HISTERIA! Maaf, jika aku menulis berbaur keras begini. Aku rasa, bersederhana lebih elok, sopan dan beradab. lagipun, pembesar suara sememangnya dibekalkan untuk membesarkan suara bagi didengar orang ramai, tapi janganlah terlalu obses dan galak menggunakannya secara 'OVER' atau melampau begitu. Adakah aku menulis dalam keadaan marah? Maaf. Berkomunikasi di hadapan orang juga boleh menampakkan atau menunjukkan sifat peribadi dan akhlak kita kepada orang ramai. jadi, eloklah para bakal pendidik menggunakan bahasa yang elok dan intonasi suara yang sederhana supaya tidak menyakitkan telinga aku khasnya, dan juga orang lain. Terima kasih.

Friday, February 18, 2011

'IntOnasi juga menjadi faktor bahasa itu berkonotasi sopan atau kasar...'

Bagi orang yang kuat menggunakan deria rasa sepertiku, dengan kata lain sensitif dengan perkataan yang dimuntahkan dari mulut orang, aku dengan yakin mengatakan intonasi seseorang itu dalam bicaranya mendatangkan konotasi negatif atau positif. Nada yang tinggi atau simbol seru (!) serta ayat yang mempunyai perkataan yang berkonotasi negatif dan kasar selalunya digunakan oleh orang yang berada dalam keadaan geram dan marah. Manakala, sebaliknya digunakan oleh orang yang bersopan dalam tutur bicaranya. Namun, kita mengetahui bahawa sifat manusia yang punya pelbagai rasa dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dek tidak mampu menahan dan mengawal emosi khususnya emosi marah dan geram. Jadi, sekiranya orang yang mudah terasa hati seperti aku, segala simbol, nada dan susunan ayat itu amat mempengaruhi emosi aku yang menerima ayat bicara yang orang lemparkan atau orang bicarakan, misalnya ayat berikut:

Kawan: Atul, kau kenapa? (nada tinggi)

Sememangnya, banyak tafsiran yang kita dapat melalui ayat yang ditanyakan di atas kerana cara seseorang itu berbicara selalunya dipengaruhi faktor keluarga dan negeri. Jadi, terpulang pada si empunya diri, iaitu orang yang menerima mesej yang mentafsirnya mengikut pengetahuannya mengenai kawannya itu mahupun merasa perasaan itu sendiri. Sekiranya niat kawan kita tersebut bukanlah untuk berkasar, kita sendiri harus bijak memahami dirinya dan mengawal rasa kita sendiri. Namun, aku tahu, bukan semua orang dapat menerima sesuatu yang mereka rasakan tidak harus atau tidak patut demikian. Maka, sama-samalah kita bermuhasabah agar tidak sesekali sengaja menyakiti hati orang lain dan bersopan dalam berbahasa.

Thursday, February 17, 2011

'Warna-WaRni LidaH'

Aku seorang pelajar yang berasal dari bumi Kenyalang. oleh itu, bahasa pengantara yang biasa aku gunakan untuk bicara adalah bahasa 'Melayu Sarawak'. Jadi, agak sukar juga untuk aku membiasakan lidahku untuk berbahasa Melayu Johor Riau. Kadang-kadang, aku tersilap dengan menggunakan kosa kata Melayu Sarawak ketika berbicara menggunakan bahasa Melayu Johor Riau. Kosa kata seperti 'burit' sering aku gunakan ketika aku termelatah (masalah melatah). Masalah latahku menyebabkan aku selalu tersebut perkataan 'burit'. Sekiranya perkataan itu disebut di tempat kelahiranku, masyarakat hanya memberi respon biasa. Jika di sini, di tanah Semenanjung, masyarakat akan memandangku serong kerana perkataan 'burit' itu membawa maksud 'kemalauan perempuan' tetapi bagi bahasa Melayu Sarawak, 'burit' membawa maksud 'buntut' atau 'punggung'.  

Begitu juga dengan perkataan 'pantat'. Di Semenanjung, perkataan 'pantat' membawa maksud kemaluan perempuan, manakala bagi orang Sabah, perkataan tersebut bermaksud punggung manakala bagi bahasa Melayu Sarawak, perkataan 'pantat' bermaksud bersetubuh. Di sini, dapat kita lihat perbezaan budaya dan bahasa di lain-lain negeri. Hal sebegini sungguh seronok jika dikaji dan dikongsi bersama untuk mengenali neka bahasa di Malaysia di samping kenal dan cinta akan bahasa-bahasa di negara kita yang sememangnya negara berbudaya. Akhir kata, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu kita menguak.

Wednesday, February 2, 2011

Bahasa 'gang' (kumpulan)

sALAm... hahaha :) hmmm... Aku mempunyai ramai juga kenalan dan kawan-kawan dalam kalangan 'lelaki lembut'. Aku memang jenis tidak memilih dalam berkawan, asalkan keikhlasan itu terserlah dan ada 'kimia' yang dapat memberi keselesaan kepada aku. Sekarang, perubahan komunikasi bukan sekadar menjadi 'tabiat' atau amalan mereka yakni, kumpulan lelaki lembut bahkan 'tabiat' atau 'amalan' simbol perkataan khas yang menjadi perhatian, tarikan dan ikutan orang-orang di sekeliling mereka, misalnya aku sendiri. antara perkataan-perkataan yang digunakan mereka dalam perbualan seharian ialah nox, mak hayam, anak ikan, pecah lobang (PL), gittu (begitu), sentap, dan banyak lagi perkataan-perkataan yang dipendekkan sebutannya atau di'glamer'kan lagi bunyinya agar mudah disebut dan menjadi ikutan. Selalunya, perkataan yang disebut menunjukkan perbuatan atau maksud yang kurang elok, tidak sopan atau tidak senonoh, misalnya mak hayam, yakni perempuan jalang yang menjual spesisnya yang sejenis untuk melacur. Budaya ini semakin sinonim bukan sahaja dalam kalangan mereka (lelaki lembut), malah menjadi ikutan insan yang berada di sekeliling mereka. Akhir kata, yang elok jadikan ikutan, yang tidak elok, tinggalkan... terima kasih.