Monday, March 14, 2011

Ayahku sangat bijak berbahasa dalam bicaranya (Aku kagum)


Memandangkan hanya melalui telefon aku mampu berhubung dengan ayahku, jadi bicaranya hanya ku dengar dalam corong radio sahaja. Setiap kali ayah berbicara, pasti ada pesanan yang gemar atau tidak akan ditinggalkannya bagi meluah rasanya dan harapannya. Ayah selalu mengingatkan aku bahawa selalu ingat Allah dan sebelum mengakhiri perbualan kami di telefon, ayah pasti akan mengatakan bahawa dia sangat mencintai aku, “i love you very very much,” seraya aku membalas kata-kata itu juga, “i love you very very much too”. Walaupun bahasa yang kami gunakan adalah bahasa Melayu Sarawak, ayah dan aku tidak ketinggalan menggunakan bahasa pertuturan lain seperti bahasa Inggeris. Aku tahu, bahasa Melayu harus dimartabatkan, tetapi aku ingat pesan ayah, ilmu itu luas, dan hukumnya wajib untuk dipelajari. Maka, kita tidak salah mempelajari dan mengaplikasikan bahasa lain selain bahasa Melayu untuk kehidupan seharian tetapi dalam masa yang sama, tidak mengetepikan bahasa ibunda kita, bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment