Saturday, March 5, 2011

Kerana EMOSI

Manusia tidak akan pernah lari daripada melakukan kekhilafan. Itulah aku, manusia yang sering kalah dengan emosi yang sering bermaharajalela tak mengira masa. Aku yang sering meluka hati sesiapa dengan rasa yang salah. Selalu juga, aku gagal mengawal emosi dan bukan sekali malah berkali-kali sehingga orang muak dengan sikapku. Jadi, aku merasakan dengan gagal mengawal emosi, akan mempengaruhi bahasa yang kita bakal tuturkan. Aku masih ingat, aku menggunakan kata yang agak kasar dan dengan nada yang agak tinggi dan dalam nada sindiran meluahkan marah dengan orang. Seringkali. Aku merasakan aku manusia yang sering gagal mengawal emosi dan biadab dengan bahasa. Aku mahu juga berubah dan cuba untuk mengawal emosi dan beradab berbahasa, tetapi mungkin setakat ini masih juga gagal. Jadi, doaku dan harapanku, emosi harus dikawal sebijaknya agar bahasa yang kita gunakan masih dalam tahap kawalan dan bernada halus dan tidak akan menyakitkan hati orang lain. Hal sebegini harus dititikberatkan agar perhubungan kita sesama manusia sentiasa terpelihara. Insya-Allah, amin...


No comments:

Post a Comment