Friday, January 21, 2011

buDaYa 'siNGkAt'

Budaya ‘singkat’ sering berlaku kini. Begitu juga dalam kehidupan aku. Ketika bercakap dengan sahabat baikku, Liza, kami menggunakan kata sapa ‘you’ dan ‘I’. Sekarang sudah menjadi kebiasaan bagi kami berdua. Mula-mula terasa lucu menggunakannya, tetapi sekarang sudah menjadi perkara normal dalam komunikasi kami. Pendek kata, mudah dan ringkas rasanya menggunakan kata tersebut. Kami juga menggunakan perkataan ‘u’ dan ‘i’ dalam teks persanan ringkas. Budaya singkat sama ada melalui penulisan mahupun lisan ini sedikit sebanyak menenggelamkan penggunaan bahasa Melayu standard yang betul kerana sudah menjadi kebiasaan dan amalan.

No comments:

Post a Comment