Saturday, February 26, 2011

adakah NYANYIAN mampu menyampaikan bahasa?

SALAM

kita sudah maklum, dalam muzik atau nyanyian juga, bahasa itu wujud dalam bait kata lagunya atau liriknya. mesej yang terdapat dalam lagu atau melodi merupakan bahasa bagi lagu tersebut. kadang-kadang mesej yang ingin disampaikan dalam lagu sukar difahami dan dijiwai kerana penggunaan bahasa yang kabur. jadi, irama muzik atau melodi lagu agak membantu pendengar memahami bait-bait lagu yang ingin disampaikan oleh penyanyi dalam nyanyiannya, misalnya bait lirik lagu yang berbunyi 'hati yang kau sakiti' memberi makna seseorang telah menyakiti hatinya, dan bait lagu ini bernada melankolik dan bahasanya tentulah berunsur pasrah, kecewa dan sakit. bahasa yang terdapat dalam bait lagu senang untuk mempengaruhi pendengar muzik mengaplikasikannya dalam perbualan seharian, misalnya bait lagu yang berkonotasi buruk dalam lagu penyanyi pujaanku, Lily Allen dengan tajuk lagunya 'Fuck You'. Unsur mencarut ini senang diaplikasi apalagi jika dibuat dan diolah dalam bentuk lagu atau muzik. walaupun bunyi mencarut itu tidak sopan dituturkan, namun apabila unsur mencarut itu dilagukan, unsur yang tidak sopan itu menjadi seronok dan sedap apabila dilagukan. jadi, muzik sedikit sebanyak memberi impak yang besar kepada pendengarnya dalam berbahasa. hal ini terpulang pada individu yang mendengar sama ada bijak mengaplikasikan bahasa dalam lagu dalam perbuatan sehariannya.

No comments:

Post a Comment