Saturday, February 26, 2011

Bahasa Sapaan dulu dan kini

Salam & salam perpaduan

Dapat kita lihat dulu semenjak kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan juga kedatangan British membawa impak yang sanagt besar kepada Tanah Melayu khususnya dari segi penggunaan bahasa. sewaktu agama Islam masih menjadi nadi atau tunjang yang kuat dalam kalangan masyarakat Melayu, perkataan-perkataan atau istilah Arab seperti 'Assalamualaikum' sering digunakan berbanding dengan zaman sekarang yang lebih mementingkan bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian. kini, golongan remaja amnya, kerap menggunakan kata sapaan 'Hye' dan 'bye-bye' ketika bersapa orang yang dikenali atau mengucapkan selamat tinggal. hal ini sungguh tampak walaupun dianggap perkara biasa atau normal. dalam masa yang sama kita tidak mengetahui impaknya pada zaman akan datang. anak-anak bangsa kita kurang didedahkan dengan ilmu agama yang menunjukkan bahasa yang lebih sopan dan berakhlak. kata 'hye' dan 'bye-bye' sekiranya digunakan oleh golongan muda apabila bercakap dengan orang yang lebih berumur atau tua, menampakkan kurang kesopanan dalam berbahasa. maka, peranan ibu bapa juga amat besar dalam mendidik anak sopan dan bijak berbahasa di samping peranan masyarakat dan rakan sekeliling yang mempunyai pengaruh besar dalam kita berbahasa. renung-renungkanlah dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment