Sunday, February 20, 2011

BINGIT OH BINGIT!!!!

sALAm... terus terang aku katakan. Aku bukan kaki, tangan, kepala, hidung, muka, mulut, apa-apa sahaja yang berkenaan politik, aku tidak gemar. Namun, aku tahu, aku juga ada tanggungjawab di situ. Sungguh suara raungan itu membingitkan gegendang dengarku yang sememangnya tidak suka sama sekali dengan raungan, pekikan yang sebegitu rupa. Nasib baik, masih ada kesabaran. Aku akan pilih pemimpin yang benar-benar layak sememangnya. Aku paling tidak gemar, bakal pemimpin yang akan diundi bercakap di khalayak dengan suara yang dia rasakan SEDAP sangat, dengan intonasi yang lantang tapi menyakitkan telinga. Perkara yang dibicarakan juga tidak jelas, malah semacam terkena HISTERIA! Maaf, jika aku menulis berbaur keras begini. Aku rasa, bersederhana lebih elok, sopan dan beradab. lagipun, pembesar suara sememangnya dibekalkan untuk membesarkan suara bagi didengar orang ramai, tapi janganlah terlalu obses dan galak menggunakannya secara 'OVER' atau melampau begitu. Adakah aku menulis dalam keadaan marah? Maaf. Berkomunikasi di hadapan orang juga boleh menampakkan atau menunjukkan sifat peribadi dan akhlak kita kepada orang ramai. jadi, eloklah para bakal pendidik menggunakan bahasa yang elok dan intonasi suara yang sederhana supaya tidak menyakitkan telinga aku khasnya, dan juga orang lain. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment