Saturday, February 26, 2011

bahasa dalam sesebuah NEGERI jadi IKUTAN

sALAm... untuk hari ini.. aku suka sekali untuk berkongsi mengenai bahasa dalam sesebuah negeri yang menjadi ikutan sekarang yang berbunyi 'boleh bha kalau kau'..... dan 'makan sudah'.... ayat itu gemar sekali dibicarakan di dalam kelas semasa kuliah mahupun di luar kelas. hal ini menunjukkan bahasa Johor Riau bukan satu-satunya bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian, namun bahasa daerah dari Borneo iaitu negeri di bawah bayu (Sabah) ini juga diterima oleh pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam pergaulan mereka bersama rakan-rakan mahupun pensyarah sebagai perkongsian ilmu dan gurauan bagi memeriahkan sesi pemngajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah. di sini juga, kita dapat mempelajari struktur bahasa masyarakat Sabah yang berbunyi sebegitu di samping mengenali bahasa mereka yang boleh difahami walaupun strukturnya berlainan daripada struktur bahasa Melayu standard. Maka, jelas sekali bahasa juga berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment