Thursday, February 17, 2011

'Warna-WaRni LidaH'

Aku seorang pelajar yang berasal dari bumi Kenyalang. oleh itu, bahasa pengantara yang biasa aku gunakan untuk bicara adalah bahasa 'Melayu Sarawak'. Jadi, agak sukar juga untuk aku membiasakan lidahku untuk berbahasa Melayu Johor Riau. Kadang-kadang, aku tersilap dengan menggunakan kosa kata Melayu Sarawak ketika berbicara menggunakan bahasa Melayu Johor Riau. Kosa kata seperti 'burit' sering aku gunakan ketika aku termelatah (masalah melatah). Masalah latahku menyebabkan aku selalu tersebut perkataan 'burit'. Sekiranya perkataan itu disebut di tempat kelahiranku, masyarakat hanya memberi respon biasa. Jika di sini, di tanah Semenanjung, masyarakat akan memandangku serong kerana perkataan 'burit' itu membawa maksud 'kemalauan perempuan' tetapi bagi bahasa Melayu Sarawak, 'burit' membawa maksud 'buntut' atau 'punggung'.  

Begitu juga dengan perkataan 'pantat'. Di Semenanjung, perkataan 'pantat' membawa maksud kemaluan perempuan, manakala bagi orang Sabah, perkataan tersebut bermaksud punggung manakala bagi bahasa Melayu Sarawak, perkataan 'pantat' bermaksud bersetubuh. Di sini, dapat kita lihat perbezaan budaya dan bahasa di lain-lain negeri. Hal sebegini sungguh seronok jika dikaji dan dikongsi bersama untuk mengenali neka bahasa di Malaysia di samping kenal dan cinta akan bahasa-bahasa di negara kita yang sememangnya negara berbudaya. Akhir kata, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu kita menguak.

No comments:

Post a Comment