Saturday, February 26, 2011

MELATAH? Peniruan bunyi bahasa

SALAM

sujujurnya, aku memang seorang yang nakal semenjak kecil lagi. hal ini diakui sendiri oleh ayahku selaku orang yang agak rapat denganku dari kecil lagi. aku juga seorang yang degil dan sukar mendengar nasihat orang lain, dan selalunya akan membuat keputusan yang dirasakan baik oleh diri sendiri. itulah aku yang aku kenal sejak dulu lagi. keluarga di sebelah ayah terdapat seorang nenek yang agak teruk latahnya. jadi, aku mengambil peluang itu untuk menganggunya supaya aku boleh ketawa berdekah-dekah apabila mendengar latahnya yang bersambung-sambung macam kilat sabung menyabung. aku gemar sekali ketawa dan oleh itu, aku jadikan nenek yang melatah itu sebagai alat untuk aku berhibur dan membuatkan ku tertawa, hahahahaha. tapi, malang tidak berbau, dalam pada aku meningkat dewasa, aku juga dijangkiti penyakit 'latah' ini. sungguh, tidak aku kuasa menahan rasa terkejut apabila disergah orang secara sengaja mahupun tidak, akan adalah bahasa yang secara automatiknya keluar daripada mulutku. selalunya, perkataan yang keluar daripada mulut orang yang menyergahku akan menjadi perkataan yang aku latahkan atau sebutkan semula, misalnya :

orang yang menyergah : Dasar kau, keong racun! (lagu Indonesia)

Aku : dasar kau keong racun (pantas menjawab)

kadang-kadang, latahku boleh menyebabkan aku menyambung lirik lagu yang dinyanyikan orang yang menyergah. bahasa orang yang menyergah disebutkan semula olehku, atau lebih senang dikatakan aku meniru bunyi dan bahasa yang dituturkan oleh penyergah. jadi, nasihat aku kali ini, jangan sesekali menganggu orang melatah, kerana penyakit ini boleh menjadi parah apabila sudah terjangkit. wassalam.

No comments:

Post a Comment