Saturday, February 26, 2011

bahasa itu juga bisa lahir daripada MEMEK MUKA

SALAM

sesungguhnya, aku sangat periang tetapi pemendam orangnya. namun, apabila bermasalah, aku mudah dikesan dengan perubahan sikap aktif yang berubah menjadi pasif. aku senang menggunakan riak atau memek muka untuk mempamerkan rasa yang menimbulkan atau memberi makna yang berperanan sebagai bahasa untuk memahami orang yang melihat memek muka tersebut. sekiranya aku marah, aku mudah memaling muka dan memandang ke tempat lain dan kadang kala aku memuncungkan bibir dan mata seakan berair menahan marah dan geram atau rasa tidak puasa hati. maka, orang yang melihat memek muka yang aku perbuat itu, akan sekaligus senag memahami apa yang aku rasa. aku seolah berbahasa menggunakan sifat fizikalku, iaitu muka. aku lebih senang begitu, kerna itulah aku.

No comments:

Post a Comment