Saturday, March 5, 2011

Seringkali lupa yang utama kerana yang kedua?

SALAM...
Kita sebagai khalifah di muka bumi sering diduga dengan pelbagai cubaan sama ada dalam bahagia atau sedih. Segalanya adalah cubaan daripada Tuhan. Namun, sebagai hamba, kita harus sentiasa dekat dengan Tuhan dan bersyukur dengan-Nya dengan segala nikmat. Baru-baru ini aku melihat satu pertandingan budaya tarian dan aku salah seorang yang membuat persembahan pada malam itu. Satu perkara yang aku baru sedara dan sangat lupa untuk dibuat sebelum membuat apa sahaja persembahan adalah membaca kalimat al-Fatihah dan berselawat. Tabiat atau amalan aku yang selalu aku buat sebelum membuat persembahan telah aku tinggalkan pada malam tersebut. Aku tidak tahu mengapa dan apa sebabnya aku terlupa. Dari segi kesopanan berbahasa pada majlis tersebut dapat dilihat sewaktu anugerah pemenang pertandingan tersebut diumumkan. Seharusnya, rasa gembira di atas kemenangan dilafaz dengan kata syukur alhamdulillah, tapi sebaliknya lafaz ‘hooreyyy’, ‘yahuuuu’, ‘huuuu’ disorakkan kerna bahagia dengan kemenangan yang diperoleh. Namun, kita sebagai manusia tidak harus lupa akan siapa yang memberi kemenangan dan rezeki itu melainkan Dia, Allah yang maha kuasa. Lafaz sorak ‘hooray’ seperti tersebut tidak salah dilafazkan, tetapi utamakan tutur atau lafaz, syukur alhamdulillah sebagai tanda terima kasih kita kepada Tuhan terlebih dahulu kerana memberi nikmat kurnia. Kejayaan tidak datang bergolek begitu sahaja. Wassalam. Utamakan yang utama!

No comments:

Post a Comment