Monday, March 14, 2011

Belajar laras bahasa


Sekiranya kita mengetahui dan bijak menggunakan bahasa mengikut larasnya, kita akan mudah menulis dan berkomnunikasi dalam pelbagai keadaan dan permintaan, misalnya kita diminta untuk membaca berita, maka laras bahasa berita akan kita gunakan dalam penulisan mahupun percakapan. Hari ini, kawanku mengajar mengenai laras bahasa dan dia memfokuskan laras bahasa berita dan kandungan atau isi-isi yang harus ada dalam setiap laras yang diajar iaitu laras bahasa iklan, laras bahasa sukan, laras bahasa berita, laras bahasa sastera dan laras bahasa sains. Aku dan rakan banyak belajar pada masa itu, iaitu dalam laras bahasa sains misalnya, kita akan menggunakan istilah-istilah sains seperti sfera, sperma, ovum, kanser, jantung, paru-paru, eksperimen dan sebagainya. Pengetahuan seperti ini harus juga diketahui oleh guru bahasa Melayu agar input informasi lain juga dapat diserap dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Maka, guru bahasa Melayu dalam pada masa yang sama juga tidak hanya mengajar mengenai bahasa malah mempunyai skemata tentang laras bahasa lain selain bahasa Melayu. Murid juga akan mendapat pengetahuan yang lebih luas daripada guru bahasanya.

No comments:

Post a Comment