Saturday, March 5, 2011

Sukar benar melafazkan kata maaf dan terima kasih

Hidup manusia di dunia adalah saling bergentungan, memerlukan antara satu sama lain. Di mana sahaja, kita akan berjumpa dengan orang sekeliling dan bergaul sesama mereka. Maka, terdapatlah aktiviti bantu-membantu, tolong-menolong, berkomunikasi, salah faham, dan banyak lagi aktiviti yang dilakukan. Maka, seharusnya kita sebagai manusia yang tahu erti salah dan menghargai, menggunakan lafaz ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ sebaiknya. Namun, terdapat juga manusia di dunia ini berat benar mulutnya melafazkan kata ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ tersebut sekiranya telah dibantu atau telah melakukan kesalahan yang disedari. Terdapat satu cerita yang aku baharu dengar daripada mulut kawanku sendiri. Kawanku itu seorang jurujual di sebuah kedai runcit, jadi pelbagai karenah pelanggan yang ditemuinya setiap hari. Menurut ceritanya, terdapat seorang pelanggan telah membeli barang, tetapi barang yang dipegang tersebut terpelanting terkena kepalanya. Pelanggan tersebut langsung tidak melafazkan kata maaf malah membuat keadaan seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Menagapakah perkara sedemikian semakin menular di negara kita? Adakah kerana sifat moral dan nilai murni atau pegangan agama yang lemah dalam kalangan kita? Renung-renungkanlah dan selamat beramal..


No comments:

Post a Comment