Saturday, March 12, 2011

Elakkan dan latihkan diri berbahasa dengan bahasa Melayu sepenuhnya

Situasi ini berlaku ketika mendengar nasihat dan teguran Profesor Emeritus Abdullah Hassan yang mengajar subjek Karya Agung pada sem ini. setiap kali pelajarnya membentang, bersiap sedialah untuk dikritik dari segi penggunaan bahasa. Penggunaan perkataan ‘ok’ adalah perkara yang paling kerap dilakukan oleh pelajar. Beliau mahu pelajarnya menggunakan perkataan ‘baiklah’ bagi menggantikan perkataan ‘ok’ kerana kami mempelajari bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris. Maka, walaupun sudah terbiasa menggunakan perkataan ‘ok’, kami sebagai pelajar perlu berusaha mengubah dan berlatih untuk menggunakan bahasa dengan betul, yakni menggunakan kosa kata Melayu dalam bertutur khususnya dalam kuliah supaya dapat menjadi guru bahasa Melayu yang sememangnya menggunakan bahasa Melayu tulen dalam pengajaran dan pembelajarannya kelak. Hal ini menjadi ikutan dan guru sebagi model kepada anak-anak muridnya.

No comments:

Post a Comment