Monday, March 14, 2011

Bahasa melambangkan peribadi atau akhlak


Sememangnya, kita gemar menilai orang melalui penampilan dan apa yang kita nampak iaitu sifat fizikalnya. Namun, melalui bahasa juga kita mampu menilai orang yang bertutur dengan kita. Sekiranya kita berkomunikasi dengan rakan kita, dia menggunakan bahasa yang sopan, maka dapat kita tafsirkan dia seorang yang menjaga adab ketika bercakap dan seorang yang menjaga hati kawannya. Namun, terdapat juga orang yang suka bercakap terus, marah-marah, bernada tinggi dan menggunakan sumpah seranah dalam percakapannya yang mungkin dipengaruhi oleh didikan keluarganya sejak dari kecil. Kita berkawan mengikut keselesaan masing-masing, dan mungkin ada di antara kita yang juga gemar bercakap kasar akan memilih untuk berkawan dengan orang yang bercakap kasar seperti dirinya. Jika aku, aku lebih suka memilih kawan yang pandai menjaga hati dan bercakap secara sederhana dan mempunyai unsur lelucon yang boleh membuatkan aku ketawa. Jadi, dari segi percakapan bahasa juga kita mampu menilai orang dan memilih kawan yang terbaik untuk dijadikan teman. kita juga mampu menilai akhlak yang ada dalam diri orang yang bertutur dengan kita, kerana bahasa yang sopan dan baik menunjukkan akhlak dalaman seseorang itu. wallahualam.

No comments:

Post a Comment