Monday, March 14, 2011

Wahai kaum Hawa


            Selalunya, kaum Hawa adalah golongan yang sukar sekali untuk berhenti bercakap kerana sudah lumrahnya diciptakan sebegitu rupa. Terdapat golongan wanita yang gemar bercakap hal yang tidak penting atau ‘cakap kosong’ yang mengandungi banyak unsur negatif dan rekaan semata-mata kerana terdapat tokok tambah cerita yang meleret-leret. Ada juga antara kaum ini suka menggunakan bahasa dengan tujuan mengumpat dan mengata perihal negatif orang lain. Berbahasa sememangnya tidak ada batasnya bagi kita untuk membicarakan hal positif atau sebaliknya. Jadi kita bebas dalam berbicara. Namun, pada masa yang sama, sekiranya kita banyak atau cenderung menggunakan bahasa ke arah tujuan negatif, akan ada impak yang menimpa kita, bak kata pepatah, ‘Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya’. Jadi, berbahasa bukan sahaja boleh memberi kita ilmu, rasa, hiburan, malah adakalanya jika bahasa itu tiada adabnya, akan menimbulkan pertengkaran, kesalahfahaman, sakit hati, dan bermacam lagi impak negatif sekiranya kita salah menggunakan bahasa. Jadi, khususnya kepada kaum Hawa, awasilah bahasa kita. Jauhilah dosa.
gambar contoh


No comments:

Post a Comment