Monday, March 14, 2011

Agama besar pengaruhnya dalam berbahasa


            Seringkali kita mendengar perkataan ‘insya-Allah, masya-Allah, assalamualaikum, astaghfirullahalazim, dan alhamdulillah’ dalam pergaulan atau perbualan. Ini berikutan majoriti daripada rakyat atau penduduk Tanah Melayu, iaitu negara Malaysia terdiri daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Semenjak Tanah Melayu menerima pengaruh Islam, perkataan Arab digunakan dalam perbuatan dan percakapan seharian. Pengaruh perkataan agama atau bahasa Arab amat besar juga dalam komunikasi kita seluruh rakyat Malaysia, misalnya kawan aku yang bukan beragama Islam juga kadang-kadang menggunakan perkataan seperti alhamdulillah dan ya Allah dalam percakapannya. Hal ini berlaku kerana pergaulannya dengan rakan yang beragama Islam dan dia terikut dengan bahasa rakannya. Maka, bahasa Arab bukan hanya mampu dilafaz oleh orang yang beragama Islam, malah mampu dilafaz dengan baik oleh orang yang bukan beragama Islam. Dapat kita lihat di sini bahawa bahasa kita mampu dipengaruhi oleh orang yang berada di sekeliling kita, terutamanya apabila bersama kawan.

No comments:

Post a Comment