Monday, March 14, 2011

Bahasa cintaku


Sesiapa pun di dunia ini ingin dicintai dan mencintai. Bahasa aku tersebut sudah menampakkan penggunaan bahasa cinta. Namun, tiada siapa yang dapat melawan cinta yang suci dan abadi serta terpuji iaitu cinta kita kepada Illahi. Skop cinta yang luas dan dapat dibahagi-bahagi menyebabkan kita menyayangi keluarga, kawan dan kekasih hati. Bahasa cinta kita kepada Allah, misalnya lazim berlaku tatkala kita bermunajat dan berdoa kepada-Nya. Cinta kita kepada Allah menuntut kita untuk memperbaiki akhlak dan amalan serta niat kita yang sentiasa menuju ke jalan kebenaran yang diredhai-Nya. Maka, semestinya kita selalu berdoa agar Allah sentiasa meletakkan kita pada tempat yang sewajarnya dan menjauhkan kita daripada larangan-Nya. Bahasa cinta kita kepada ibu bapa dapat dilihat apabila kita menggunakan bahasa yang hormat apabila bercakap dengannya, memanggil gelaran mak dan ayah, menuruti suruhan dengan berkomunikasi dengan sopan dan beradab serta mengatakan rasa cinta dan sayang kepadanya sebagai tanda menghargai cinta dan kasih juga pengorbanan mereka selama kita hidup. Selain itu, kita juga mempunyai bahasa bersama kekasih hati, misalnya dengan panggilan sayang, bagi menyatakan dialah orang yang kita sayang. Jadi, bahasa cinta adalah pelbagai mengikut insan-insan yang kita cinta. Bercintalah seadanya dan sentiasa mengutamakan cinta yang utama iaitu cinta kita kepada yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment