Sunday, March 13, 2011

Berbahasa, bukanlah mengikut sedap bunyi sahaja

Bahasa yang sopan dan beradab bukanlah bahasa yang dipertuturkan secara sedap bunyinya sahaja. Dalam pertuturan, bahasa yang ingin dibicarakan haruslah diteliti terlebih dahulu impaknya kepada orang yang mendengar bicara kita. Bahasa yang sopan  tidak semestinya mempunyai bunyi yang sedap ketika ditutur dan kita berbahasa bukan mengikut sedap bunyi ketika kita menutur bahasa, misalnya ‘mangkok hayun’. Walaupun perkataan tersebut sedap dilafaz keluar daripada mulut, namun, perkataan tersebut berkonotasi kasar dan tidak elok. Jadi, berbahasalah sebaiknya dan pilihlah bahasa yang sopan dalam pergaulan agar hidup kita sentiasa disenangi rakan taulan.

No comments:

Post a Comment