Monday, March 14, 2011

Bahasa juga selalu digunakan untuk meluah rasa

Bahasa yang digunakan dalam luahan perasaan ini kita dapat lihat melalui penulisan blog, status dalam laman sosial, penulisan sajak dan banyak lagi. Bahasa yang digunakan dalam meluahkan rasa mampu membantu kita menghilangkan sedikit rasa marah, geram, rindu, cinta, sedih serta rasa tertekan. Setelah menulis apa yang kita melalui penggunaan bahasa, kita akan merasa sedikit lega dan tenang kerana melalui penulisan kita dapat meringankan sedikit beban yang terpendam di hati. penulisan sajak misalnya:

Sesekali kita perlu menjauh…
Untuk menghanyutkan rindu

Sesekali juga kita perlu melupakan
Agar rasamu dan rasaku
Tidak terukur dengan rindu
Takkan terkubur bersama waktu

Rasanya sesekali
Kita perlu menganyam lagu
Biar hatimu tahu
Bahawa dalam hatiku sentiasa ada nyanyi rindu
Lagu rindu hanya untukkmu

Sesekali aku
Merasakan sebegitu…
Tapi saban waktu…
Hatiku mendamba rindu
Fikirku mendamba dirimu…
Dalam segenap ruang hati ku…
Dalam setiap derap langkah ku…
Dalam deru-deru nafasku…
Sentiasa ingin ku nyatakan…
Aku cinta padamu….
Sajak di atas menunjukkan perasaan penulis yang ingin mengatakan rasa cinta, kasih dan rindunya kepada pasangan yang dia cinta. Luahan rasa melalui penulisan puisi mampu memberitahu orang lain akan rasa kita dan sebagai pengganti kepada luahan perasaan melalui lisan. Secara kesimpulan, bahasa mampu digunakan sama ada secara lisan mahupun tulisan.

No comments:

Post a Comment