Monday, March 14, 2011

Jadikan pensyarah kita sebagai model bahasa

Mahasiswa-mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai UPSI khususnya pelajar yang mengambil jurusan bahasa, pastinya akan berhati-hati berbicara dengan pensyarah bahasanya apalagi bersemuka dengan pensyarah yang sememangnya mengambil berat akan aspek bahasa dalam pertuturan mahupun penulisan. Pada semester ini misalnya, pelajar ambilan 2008/2009 semester pertama yang mengambil subjek Karya Agung di bawah didikan Profesor Emeritus Abdullah Hassan amat berhati-hati bukan sahaja dalam berbahasa, malah membunyikan bahasa. Penggunaan tatabahasa dan aspek fonologi Melayu tulen haruslah diambil berat oleh kami sebagai pelajar agar dapat mengajar anak bangsa dengan sebaiknya apabila sudah menjadi seorang guru kelak. Banyak perkara yang dapat kami sebagai pelajar belajar daripada beliau di dalam kuliah walaupun cara beliau mengajar tidaklah begitu berat dan amat bersahaja. Aku juga belajar bermacam-macam perkara iaitu misalnya kita sebagai orang yang bercakap tidak semestinya memerlukan pergerakan yang banyak atau melampau ketika bercakap supaya orang tidak meluat dengan cara kita mengajar atau bercakap. Sebaiknya, kita bersederhana dalam segala perbuatan dan seperti yang telah kita ketahui, lain orang, lain pula penerimaannya kerana setiap orang mempunyai kehendak yang berbeza-beza. Maka, sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi seorang pendidik kelak haruslah belajar berbahasa sebaiknya bermula dari sekarang supaya dapat mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna, insya-Allah. Jadikan pensyarah anda sebagai model dalam berbahasa.

No comments:

Post a Comment