Monday, March 14, 2011

Pengaruh bahasanya dalam doa (imam KHAR)

            Tatkala mendengar suara imam surau Kolej Harun Aminurrashid ketika melafazkan doa yang dilafazkan dalam bahasa Melayu, suasana menjadi sayu, sebak dan insaf sekali. Itulah pengaruh bahasa sekiranya kita memahami apa yang dituturkan bagi sama-sama memuhasabah diri dan mendekatkan diri dengan Illahi. Lazimnya, aku mendengar imam tersebut berdoa ketika hari malam iaitu pada waktu maghrib atau Isya’. Sesiapa sahaja yang mendengar lafaz doa yang dilafazkan imam surau tersebut pasti merasa syahdu, pilu dan insaf dengan dosa yang kita pernah lakukan kerana imam tersebut membaca doa dengan sepenuh jiwa dan penuh rasa insaf sehingga menyebabkan orang lain yang berdoa dan mendengar doa tersebut merasa insaf dan merasa mahu bertaubat kepada Tuhan. Orang yang mendengar lafaz doa tersebut juga mampu menitiskan air mata jika memahami isi doa tersebut di samping merasa berdosa dan ingin bertaubat. Maka, jelaslah bahasa mampu menarik hati orang dan memberi rasa yang pelbagai. Bahasa dapat digunakan bagi tujuan beribadah dan membawa khalifah Allah di muka bumi ini ke jalan yang benar, insya-Allah.

No comments:

Post a Comment