Monday, March 14, 2011

Bahasa bayi


Kini, aku mempunyai dua kawan rapat yang sudah berkahwin dan menunggu masa untuk melahirkan anak yang berkemungkinan akan keluar pada akhir bulan Mac dan seorang lagi mungkin akan melahirkan anak pada pertengahan bulan April. Moga mereka selamat dan mudah melahirkan anak, amin. Aku hanya ingin membicarakan perihal bahasa bayi. Bayi sememangnya masih tidak tahu berkomunikasi secara sosial dengan melontarkan perkataan iaitu berbahasa. Maka, cara para bayi berbahasa adalah dengan gerak tubuh, menunjukkan emosi, dan bunyi-bunyian yang dihasilkan bagi meminta orang disekelilingnya memahami apa yang dimahukan oleh mereka. Jadi, bayi lebih menunjukkan bahasa emosi mereka untuk meminta sesuatu atau meminta orang di sekelilingnya faham apa yang dimahukan oleh mereka. di awal kelahiran, bayi amat memerlukan sentuhan, belaian dan kasih sayang seorang ibu. Adakalanya, bayi akan menangis apabila mereka lapar, letih, tidak selesa atau sakit. Sekiranya bayi menangis dengan kuat dan keras nadanya, hal ini berkemungkinan bayi tersebut dalam keadaan sakit, misalnya sakit perut atau digigit serangga. Jika bayi tersebut menangis meleret-eret, berkemungkinan bayi tersebut lapar. Sebagai seorang ibu atau bapa, kita harus bijak mengenalpasti dan memahami bahasa bayi dengan baik supaya dapat memberikan keselesaan kepada anak.

No comments:

Post a Comment