Monday, March 7, 2011

Bahasa isyarat bukan sahaja memberi makna tetapi juga memberi rasa

Kejadian ini berlaku ketika aku pergi ke Kuala Lumpur. Aku singgah sebentar di persinggahan paling digemari ramai iaitu KFC. Aku sekadar mahu mengalas perut yang sedikit lapar bersama rakan-rakan yang membuat kajian mengenai modal insan dalam kalangan insan buta di Persatuan Orang Buta Malaysia. Ketika enak menjamu selera di hujung sudut ruang KFC, kami didatangi oleh seorang insan yang agak istimewa, insan yang tidak mempunyai suara, yakni bisu... Dia datang dengan hajat untuk menjual hasil kraftangan yang dibuat dirinya sendiri iaitu berupa ‘keychain’ berbentuk hati. Pelbagai jenis ‘keychain’ yang dikeluarkannya dari dalam beg galasnya. Insan istimewa tersebut menggunakan bahasa isyarat atau simbol yang senang difahami oleh aku dan rakan untuk menjual kraftangannya. Aku melihat dengan penuh minat ‘keychai’ tersebut kerana kasihan dan mengagumi hasil karya insan sepertinya. Aku tahu semua rakan nampaknya berat hati untuk membeli ‘keychain’ tersebut kerana ‘keychain’ tersebut berharga RM10 untuk satu berbanding dengan harga ‘keychain’ lain yang dijual di pasaran hanya berharga RM2 hingga RM5 paling murah. Rasa kasihanku lebih tebal dan banyak berbanding dengan rasa berat hatiku kerana harganya, maka aku tidak teragak-agak untuk membeli ‘keychain’ tersebut dengan harga RM10 tunai. Melihat wajah si istimewa tersenyum, aku lebih rasa bahagia. insyaAllah, aku ikhlas... heehee J Pengajarannya di sini, mereka yang istimewa di luar sana walaupun serba serbi kekurangan, namun mereka tetap berusaha menjalani hidup dengan sebaiknya walaupun dengan sedaya upaya menggunakan bahasa isyarat untuk memberi makna kepada masyarakat sekelilingnya. Moga mereka sentiasa beroleh rezeki yang halal senantiasa, amin.

No comments:

Post a Comment