Saturday, March 5, 2011

Bahasa pak ‘driver (pemandu bas UPSI)

Al-maklum, seperti biasa, mahasiswa UPSI akan ke pasar malam pada hari Sabtu, begitu juga aku. Namun, apakah malang pada hari Sabtu tersebut, terdapat peristiwa malu disebabkan oleh seorang yang ku gelar, pak cik bas. Aku bersama kawan, membawa segelas air dan kentang gorang di tangan. Ketika baru sahaja melangkak masuk naik tangga bas, pak cik dengan kasarnya mengatakan ‘keluar!’ ‘keluar!’ ‘keluar!’ kerana tidak membenarkan kami membawa minuman dan makanan masuk ke dalam bas. Aku tahu, pak cik tersebut khuatir dan berpendapat makanan dan minuman kami akan tumpah atau sampahnya akan dibuang di dalam bas tersebut akan mengotorkan bas yang dipandunya. Namun, cara pak cik tersebut menghalau dan berbahasa sebegitu rupa menyebabkan aku trauma dengan keadaan tersebut. Tidak adakah lagi, bahasa lembut yang boleh digunakan untuk tidak mengizinkan kami untuk memasuki bas tersebut? Atau bahasa Melayu sudah ketandusan kata-kata yang halus bak orang-orang dahulu. Bukankan orang-orang dahulu membiasakan diri dengan bahasa yang indah, dan menjaga hati orang? Bukankan pak cik tersebut juga merupakan salah seorang daripada golongan orang lama-lama dahulu? Mungkin kegagalan mengawal emosi dan rasa amarah yang tidak tertanggung menyebabkan manusia selalu hilang punca. Moga pakcik sentiasa bahagia, doaku...

No comments:

Post a Comment