Sunday, March 13, 2011

Bahasa menyatukan kami (Liza, Pei, Kris, B)


Bahasa Melayu merupakan bahasa pergaulan antara aku dan kawan-kawanku, Liza yang berasal dari Perak, Lee Pei yang berasal dari Kuching, Kris yang berasal dari Kapit dan Magdelyner Grace yang berasal dari Sibu. Kami rakan sekelas yang gemar duduk bersama dan selalu ke mana-mana dan membuat tugasan bersama-sama. Walaupun kami berasal dari negeri dan daerah yang berlainan, kami mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dengan berbahasa Melayu. Kami juga berbeza kaum dan agama dan hal itu tidak menjadi masalah untuk kami bermesra dan jelas di sini bahawa bahasa Melayu menjadi salah satu faktor kami dapat bersama.

No comments:

Post a Comment