Monday, March 14, 2011

Memahami bahasa lain selain bahasa Melayu juga amat penting

Ayahku seorang polis. Jadi, aku tinggal di tempat penempatan para polis. Namun, kin ayahku sudah bersara dan aku berpindah tinggal di kampung halaman. Dahulu, kawasan tempat tinggalku berdekatan dengan banyak kilang yang majoriti pekerjanya berasal dari negara jiran, iaitu Indonesia. Warga Indonesia ini gemar ke Masjid di kawasan tempat tinggalku pada malam Jumaat untuk menunaikan solat berjemaah dan membaca surah Yaasin. Maka, aku juga bercampur dan bergaul dengan mereka. Mereka tidak semuanya tahu bercakap dalam bahasa Melayu, jadi aku perlu memahami satu-persatu perkataan yang diujarkan dari mulut mereka ketika bercakap denganku. Aku menggunakan skemata daripada sinetron Indonesia yang aku selalu lihat dalam televisyen, yang membolehkan aku sedikit mengerti dan menggunakan bahasa mereka dalam percakapan dan kami boleh berkomunikasi dengan baik dan memahami antara satu sama lain. Jadi, dapat aku simpulkan bahawa dengan melihat sinetron Indonesia di dalam televisyen juga mampu mengajar kita memahami bahasa orang lain dan mengaplikasikannya apabila perlu. Dalam agama ada mengatakan, keturunan, pangkat, darjat, harta bukan pengukur kepada amalan kita. Jadi, seharusnya kita berkawan dengan sesiapa sahaja tidak mengira ukuran duniawi apatah lagi kita yang sesama muslim. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment