Saturday, March 12, 2011

Tiada gunanya jika memiliki paras rupa yang cantik, tetapi tidak beradab berbahasa

Hidup tidak akan sempurna dengan hanya berbekalkan atau mempunyai rupa paras yang cantik, kacak dan sempurna. Jika kita mempunyai rupa paras yang kacak dan cantik, tidak memadai sekiranya kita tidak bijak dan mempunyai adab dalam berbahasa. Rupa dan paras tidak mampu menjamin kehidupan yang sempurna kerana masyarakat yang hidup di dunia ini bukan sekadar melihat rupa fizikal malah menilai dan senang bergaul dengan orang yang bijak dan mempunyai adab dalam berbahasa. Jadi, tiada gunanya mempunyai rupa paras atau fizikal yang cantik dan menarik jika biadap dalam berbahasa. Orang lebih menyenangi kita sekiranya kita memiliki bahasa yang sopan dalam pergaulan dan kita mudah menjalani hidup sesama masyarakat agar dapat membina perpaduan erat.


No comments:

Post a Comment