Monday, March 14, 2011

Bahasa dalam laman sosial

Apabila melayari internet lazimnya di laman sosial “Facebook”, kita dapat melihat pelbagai jenis bahasa dan simbol bahasa yang ditulis dan diletakkan sebagai status laman sosial yang boleh memeningkan kepala dan ada juga yang menarik perhatian kita. Memandangkan orangnya ramai, maka ragamnya pun banyak. Jadi, tidak hairanlah penggunaan bahasa yang bervariasi digunakan dengan niat yang tertentu seperti untuk mendapat perhatian dan bermacam-macam lagi sebabnya. Antara contoh status yang kita dapat lihat, misalnya :
::sALAm:: Cikgu Naza Zaza Qrizloe Arora Albie PeiPei Fariz Yusoff Fawiz Bakri hantar isi dialek anda kpd saya, cgu atulsukacintabebehgele2 d : shukachinta@gmail.com ya, selewat-lewatnya rabu ini. TK. kita sama2 serabut. i LOP uuu... uuu LOP me? ahaa... ::sHukacHinta::
Contoh di atas merupakan status aku sendiri yang memperlihatkan pelbagai simbol dan perkataan-perkataan singkat yang mengandungi pengaruh bahasa Inggeris. Di laman sosial, kita sebagai pengguna agak bebas menggunakan bahasa kita sendiri. Namun, dalam masa yang sama, melalui laman sosial ini banyak pengaruh negatif juga boleh berlaku jika tidak bijak atau tidak beradab dalam berbahasa sekiranya kita menggunakan laman sosial ini ke arah niat yang negatif. Maka, gunakanlah laman sosial yang ada sebaiknya untuk tujuan positif dan gunakanlah bahasa dan simbol yang beradab dalam menggunakannya.

No comments:

Post a Comment